Pages

Sunday, July 16, 2017

KISAH SUSAH SENANG RAMLY BURGER


01: Survival?
Kata Dato’ Ramly, keadaan ekonomi sekarang ini memang mencabar. Tapi ini perkara biasa dalam bisnes. Berdasarkan pengalaman beliau, setiap 10 tahun sekali, memang ekonomi akan jatuh. Tahun 1987, 1997 dan 2007 adalah zaman kejatuhan ekonomi.

Jadi berkemungkinan tahun 2017 pun akan menjadi tahun yang mencabar bagi ekonomi dan bisnes.

Ketika zaman gawat ini, fokus bisnes bukan lagi untuk membuat keuntungan, tetapi cukup sekadar untuk ‘break-even’ dan bertahan.


Kalau mengikut pengalaman beliau, beliau menjangka keadaan ini akan berlarutan antara 1-3 tahun sebelum ekonomi naik semula. Biasanya orang yang dah lama berniaga akan simpan keuntungan siap-siap untuk menghadapi tempoh gawat ini.

Oleh itu, para rakan-rakan usahawan haruslah bersedia untuk menghadapi saat-saat sukar. Memang betul-betul kena ikat perut. Banyak-banyaklah bersabar dan berdoa.

02: Tiada Modal?
Pesan saya kepada ramai yang beralasan tiada modal dan tiada kedai untuk memulakan bisnes, Dato’ Ramly sendiri hanya mulakan bisnesnya dengan modal sendiri RM2,000 dari rumah di Flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.

Dulu beliau buat sendiri daging burger di rumah tanpa gunakan sebarang mesin pun.

Jadi apa salahnya kalau kita sekarang mahu mulakan bisnes sendiri di rumah? Tidak payah fikir untuk ada kedai dan ofis yang besar dan mewah sebelum tiba masanya. Kalau Dato’ Ramly boleh berjaya, kenapa tidak kita?

03: Sekarang?
Daripada seorang yang mula berniaga dari rumah dan ditolak pinjaman oleh MARA, jualan syarikat beliau kini sudah pun melebihi RM1 bilion sekarang dan dijangka mencapai RM2 bilion pada tahun 2017.

Dan sekarang ini kilang baru Ramly pun hampir siap di Pulau Indah, Selangor yang bernilai RM1 bilion. Memang kagum apabila mendengar kisah beliau.

Kalau mahu dikira, cabaran yang beliau hadapi setelah hampir 40 tahun berniaga memang banyak, tetapi beliau memang cukup tabah dan tidak putus asa. Moga kita semua pun ada semangat seperti beliau.



04: Cabaran?
Antara cabaran besar yang pernah beliau hadapi adalah pada tahun 2011, apabila ada pihak yang memfitnah secara meluas bahawa produk Ramly mengandungi DNA babi.

Habis jatuh merudum jualan syarikat beliau pada tahun itu namun beliau tetap tidak putus asa dan kembali bangkit menjadi lebih hebat.

Banyak perkara yang kita boleh belajar daripada kisah Dato’ Ramly ini. Kisah seorang yang bermula dari bawah dengan pelbagai kesukaran, sebelum sampai ke tahap beliau sekarang (hari ini).

Kepada kawan-kawan yang baru melangkah dalam dunia bisnes, bersabarlah dan jangan sesekali inginkan kejayaan dengan cara mudah sekelip mata.

Setakat ini, SEMUA orang hebat yang saya pernah ditemui, tiada seorang pun berjaya dengan mudah. Semuanya telah hadapi macam-macam cabaran yang sangat dahsyat.

Makanya, fikir-fikirkanlah ya, senang cerita..lagi besar kejayaan yang kita inginkan, lagi besarlah ujian dan cabaran yang akan kita hadapi!



No comments:

Post a Comment