Nuffnang Ads

Wednesday, December 28, 2016

Ismail Hashim - Inspirasi ahli fotografi


Antara nama yang popular dikalangan jurugambar, Allahyarham Ismail Hashim. Mengenali Allahyarham dan karya-karyanya....


"Karya Allahyarham terkenal dengan kebijaksanaan adunan foto dokumentari dan proses warna tangan. Di antara foto-foto beliau yang terkenal adalah “Colours of Croton… and Batik & Pulicat Sarongs” tahun 1987, “Kedai Gunting” tahun 1986 dan “Kopi Kau? Kopi Pok?” dalam tahun 1985.

"Karya-karya beliau telah lama menjadi koleksi pengumpul karya-karya seni halus. “Kedai Gunting” telah dijual pada harga RM24,200 manakala karya “Colours of Croton… and Batik & Pulicat Sarongs” kali terakhir direkodkan, telah dijual dengan harga RM23,595 oleh Henry Butcher Art Auctioneers pada sekitar tahun 2012 dan 2013." - Fotografika, isu 15 (Okt/Nov 2013).

Sahabat karibnya, Cecil Rajendra menyifatkan Ismail sebagai seorang yang multi-dimensi serta menjurus ke arah bidang yang lebih luas - tidak terhad hanya kepada fotografi. Ismail bukan hanya sekadar seorang jurugambar, beliau sangat peka dengan sosial dan politik.

Itu merupakan antara kelebihan yang ada pada Ismail Hashim kerana semua itu membuatkan beliau melihat sesuatu daripada konteks yang berbeza. Beliau sering dilihat membawa buku sastera bersama-sama. Sememangnya beliau lain daripada yang lain.

Baca selanjutnya, KLIK DI SINI

Semoga ia menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin / sedang berkecimpung dalam dunia fotografi.

No comments:

Post a Comment