Nuffnang Ads

Monday, February 19, 2018

2D1N - Salam Rakit, Ulu Tiram, Johor


Kira-kira jam 11pm, kami mula bergerak dari Puncak Jalil.


Berhenti tidur sekejap sejam dua di RnR Pedas Linggi.

Berhenti Subuh di Machap Selatan.


Sambung semula perjalanan sambil bersembang antara 5 pemandu menerusi walkie talkie. Co-pilot dan penumpang yang lain biasalah, tidur. Macam aku, seat sebelah ialah Aisya Maima. Dari Puncak Jalil lagi dia dah tidur! Huhuhu. Memang waktu dia tidur 11pm - 8am. Sekali sekala je bangun minta susu. Waktu Subuh tadi dia dan adiknya Maliha bangun.

Morning... Adik da bangun. Kakak tidur lagi.

Kami kemudiannya berhenti untuk sarapan pagi di sebuah kedai tepi jalan. Menu pertama yang dicari ialah lontong.


Konvoi seterusnya bergerak ke Tanjung Buai untuk berjumpa kenalan. Dalam masa sama untuk dapatkan bekalan umpan yang dipesan beberapa hari sebelum.

Menarik juga Jojo Rakit di Tanjung Buai ni. Orang setempat cakap ia baru saja ditambahbaik. Jetinya nampak lebih menarik berbanding sebelum ni.

Aku pada mulanya langsung tak sangka akan menemui kawasan yang cantik seperti di Tanjung Buai. Iyalah, jalan nak masuk ke sini bukan main 'lasak' lagi sambil ditemani deretan pokok sawit sepanjang perjalanan. Mujur jalan bertar. Kalau tanah merah... kelebihan hanya buat si pemegang walkie talkie yang menggunakan kod 'Hilux' (Along) dan 'Ranger' (Pik Tam).


Pasir Salam jajahan Ulu Tiram adalah destinasi kami. Jeti ini terletak dalam kawasan masyarakat Orang Asli. Terasa selamat untuk meninggalkan kereta di sini kerana dijaga 24jam.


Konvoi kami memerlukan 3 bot untuk membelah lautan menuju rakit. 1 bot digunakan untuk mengangkut barang-barang.


15 Februari 2018, kira-kira jam 1230 kami sudah berada atas rakit. Penat tiba-tiba terus hilang apabila melihat keindahan dan kebesaran Allah.

Tanpa berlengah, joran dicapai. Umpan dicucuk pada mata kail sebelum dicampak ke laut.

Sejujurnya hasil tangkapan di sini tidaklah memuaskan 'peserta'. Mungkin pada ketika itu ikan juga bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina. Namun percutian 1 malam di sini sudah cukup menggembirakan kami seisi keluarga. Detik manis dan terindah terakam di sini.

Angah Faiz tu penat tapi teruja campak joran. 
Penat sangat ni... Hahaha
Tengok joran dari dalam bilik :p

da bangun tidur...
Kakak paling seronok main atas rakit.
Amik gambar dari situ. Angle cantik. hehe
Haa baru nampak tengah mancing. hahaha
Makan malam yang disediakan memang terbaik!!!
Berkumpul ramai-ramai dalam satu tempat, terasa mendap. Semua cuak. Hahaha
Apa yang kelakar sangat tu De Fuzaimy... Ada latu dia bahan siapa-siapa tu...

aik mana aku?

taraaa....

Tengok si Maliha tu sibuk nak amik joran.... Dik, orang da nak balik laa... Huhuhu
tu tengah lambai tu owner rakit. Tq bang. Salam Rakit terbaik!
16 Februari 2018 kami meninggalkan rakit dan menuju ke rumah anak saudara Kak Long di Kota Tinggi. Selepas makan tengahari, kami menuju ke Desaru.

Abang Usop cakap dia dah pernah pergi Desaru ni masa rombongan sekolah dulu.

Aku dan keluarga kecilku terpaksa berpecah daripada konvoi kerana mahu ke Melaka untuk menghadiri majlis walimatul urus sahabat.

Bersambung...

*Semasa di Melaka, dapat panggilan daripada mak yang beritahu ada konvoi 'mabuk laut'. Tambahan kenangan terindah buat kod 'Ranger' :)

No comments:

Post a Comment