Nuffnang Ads

Tuesday, January 22, 2019

Usaha aku berhenti merokok

Sebelum ni Marlboro, RM17 sekotak. Lepastu Chester, RM12 sekotak. Hisap tak ingat kiamat. Sehari 10 batang.

Sekarang beli batang-batang, RM1.20 sebatang.
Sehari had 5 batang. Sekarang tengah cuba 3 batang sehari. Malam tak hisap rokok atas nasihat doktor. Biasanya aku beli batang-batang pakai duit syiling. Malu apa boss?

Tapi yang sebenarnya aku nak cerita pasal rokok seludup. Murah. RM4 sekotak. Dulu aku pun pernah beli, John.

Tapi terfikir juga, kenapa murah? Sebab lari cukai semata-mata ke? Atau kualiti bahan dia?

Lepas kerajaan naikkan harga rokok, aku nekad untuk berhenti. Sebelum ni dah banyak kali usaha, gagal.

2K nak berhenti.

1. Kos.
2. Kesihatan

Cara 1K - Kurangkan.

Kurangkan merokok. Kalau aku beli John, sama macam beli Marlboro atau Chester. Hisap tiap kali nak menulis - teori dapatkan idea. Kononnya.

Bila beli batang-batang, dapatlah kurangkan merokok. Beli bila nak hisap je. Jangan bawa balik atau beli untuk buat 'stok'.

Cara ni, aku dah boleh tak merokok dalam tandas dan ketika memandu.

Oh ya, aku juga nak kongsi pengalaman aku di sekitar KLCC. Selain Bukit Bintang dan Danau Kota, KLCC adalah lokasi untuk aku 'melihat gelagat manusia'.

Aku tengok ramai lelaki yang kelihatan seperti kumpulan profesional sering membeli rokok batang. Mereka ni nampak macam bos-bos pun ada. Pemakaian mereka semuanya berjenama.

Aku yakin mereka juga ada sebab masing-masing, 2K barangkali.

Jadi, apa kata kita sama-sama ambil kesempatan terhadap apa yang berlaku hari ini khususnya peningkatan harga rokok yang tak mungkin akan terhenti setakat RM17 sekotak. Tambahan pula kerajaan Pakatan Harapan sudahpun kuatkuasakan undang-undang larangan merokok di tempat makan.

Ingat, jangan pula membeli rokok seludup atas alasan ianya murah. Sebab bilangan batang yang kita hisap tetap tak berubah.

Ok cukup sampai sini. Aku perlukan sokongan korang. Doakan aku agar dapat berhenti merokok sepenuhnya ya. Amin. :)

Rastafonez
23 Januari 2019

No comments:

Post a Comment