Nuffnang Ads

Sunday, June 21, 2015

Bazar Ramadan @ Tasik Permaisuri, Cheras



Aku bersama isteri mengambil kesempatan cuti hujung minggu cuci mata melihat aneka juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan Tasik Permaisuri Cheras.

Lokasi betul-betul dihadapan Sekolah Asrama Penuh Alam Shah.

Tahun lepas aku dan isteri (masa tu status tunang) pernah juga datang ke bazaar ni... tapi masa tu isteri tak nak keluar kereta... mata kena ketumbit. hohoho

Aku tak puas hati sebab tak dapat bawa isteri ke bazaar ni on that time...

So Ramadan 1436H ni aku berjaya bawa isteri ke sini... bazaar yang boleh tahan juga luasnya...

Paling menarik, susun atur setiap gerai yang tidak terlalu sempit... selesa sikit nak membelek-belek makanan untuk dibeli...

Lagi satu, koordinasi gerai yang mesra pengguna. Senang cakap, macam litar lumba la... laluan yang senang, dapat jenguk semua gerai dan tak perlu nak patah-patah balik...

Seperti mana-mana bazaar, kedengaran suasana yang riuh rendah dek para peniaga bagi menarik perhatian pelanggan... Sama juga di sini... Begitu juga dengan pilihan makanan yang ditawarkan, beraneka selera daripada resipi seluruh negara. *ceh ayat chef sangat. huhuhu

Bab parking pula, biasalah... susah sikit apatah lagi berhampiran dengan jalanraya... So parking di bahu-bahu jalan dan act ada juga kawasan yang agak lapang berhampiran sekolah Alam Shah tu untuk diletakkan kereta... Elok juga berlaku aliran trafik yang sesak (tak ada jem teruk sangat), so mudah untuk kita melintas jika berada di seberang jalan...



Kira puas jugalah berjalan di bazaar Tasik Permaisuri ni... sampai tak sedar berbelanja sakan... hehehe... tapi, tak ada la sampai RM50. Dan semua makanan yang dibeli Alhamdulillah habis kesemuannya dan pastinya, enak!

Kepada penganjur tapak bazaar Ramadan Tasik Permaisuri Cheras, syabas kerana dapat menyediakan bazaar yang selesa untuk dikunjungi. 

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment