Nuffnang Ads

Thursday, December 11, 2014

Esok hari Jumaat


Ya, korang tengok kalender dan esok adalah hari Jumaat. Macam biasalah, kita kaum Adam ni akan menunaikan Solat Jumaat pada waktu Zuhur. Solat Jumaat mempunyai 2 rakaat, dan khutbah Jumaat pula memberi manfaat 2 rakaat.

Selepas itu, menyusul pula solat Asar. Sebelum Maghrib, aku bakal menukar status bujang kepada berkahwin. Tanggungjawab dan amanah untuk melindungi isteri, antara hukum perkahwinan selain daripada menyambung warisan zuriat.

Esok juga merupakan solat Jumaat terakhir aku sebagai seorang teruna. Hehehe... Selepas Khutbah Jumaat, aku akan mendengar pula Khutbah Nikah.

Apa yang aku rasa?
Entahlah... perasaan itu bercampur baur. Happy, terharu dan sebagainya... Perasaanku umpama Air Batu Campur atau ABC.

Apakah perjalanan untuk mendirikan rumahtangga ini semudah ABC? 

Daripada kisah yang diceritakan kepada aku oleh sahabat-sahabat yang sudah melalui pengalaman akad nikah mereka, macam-macam... Begitu juga apabila aku membaca pengalaman orang-orang lain di ruangan blog dan laman sosial lain.

Otakku kini dah macam kosong, seperti di awang awangan... hahahaha...

Papepon aku dalam tulisan ini berhasrat untuk merayu kepada kalian pembaca untuk mendoakan majlis aku dan pasangan dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya.

*Kurang 24jam dari sekarang :)



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment