Aku mohon kenalan di sini mendoakan sepasang warga emas yang menghulurkan RM5 kepada aku di Tol Ijok (Latar) agar sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.
Sampai Tol Ijok baki Touch n Go tak cukup. Ada RM1.30. Sementara kadar yang diperlukan untuk membuka palang di Tol Ijok ialah RM2.50.
Seluk poket, ada 4 keping not RM1 dan beberapa keping syiling. Genapkan menjadi RM5 untuk tambah nilai.
Tapi tak boleh, kata jurutol.
Aku menjelaskan keadaan sebenar namun tetap tak boleh. Pujuk, rayu dan tagih ihsan lebih 10 minit tapi tetap tak boleh.
"Ini je saya ada encik....
Takpelah, aku faham dia hanya menjalankan tugas sebagai jurutol. Mungkin juga keadaan beliau tidak mengizinkan untuk membantu aku pada ketika itu. Takpe, saya sudah maafkan dia.
Allah Maha Besar. Allah Memberi Pertolongan.
Entah macam mana secara spontan aku membuka pintu keluar dan menahan sebuah kereta di lorong sebelah.
Nampak sepasang warga emas dan aku cuba mendapatkan pertolongan mereka.
"Assalamualaikum pakcik, makcik. Saya nak minta tolong... Saya perlukan RM5 untuk top up TnG. Orang tu (jurutol) tak bagi sebab kena top up RM10. Saya tak cukup duit dan dalam kecemasan isteri saya nak bersalin."
Tanpa berlengah sekeping not RM5 dihulurkan. Aku membalasnya dengan genangan air mata bersama rasa sebak. Tak terungkap perkataan terima kasih pada ketika itu, lidah aku kelu. Maafkan aku. Aku hanya memandang tepat mata pakcik dan menundukkan muka sebelum beredar.
Terima kasih pakcik, makcik. Semoga kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah tidak kira di mana kalian berada ketika ini.
Semoga tulisan ini memberi pengajaran dan peringatan untuk diri aku sendiri dalam menjalani kehidupan di dunia.
Rastafonez
6 Julai 2017
No comments:
Post a Comment