Sudah masuk hari ke 5 kita berada pada tahun 2016.
Beberapa tahun kebelakang, kita menjadi masyarakat yang 'mabuk media sosial'. Selepas terkuburnya laman-laman 'chatting', YM, Myspace dan kini FB dan keluarganya...
Dulu di Myspace kita gemar berkongsi klip-klip video / audio muzik pelbagai genre... Tetapi di FB kita didedahkan dengan video-video negatif. Lebih banyak negatif berbanding positif.
Selain itu kita juga asyik dengan gaya 'selfie', 'wefie', termasuklah 'foodfie'. Lebih hebat apabila kamera telefon bimbit menjadi 'doa' kepada pembuka selera berjumpa rezeki.
Di luarnegara, insiden orang awam yang terbunuh akibat terlalu leka mengadap telefon pintar bukanlah berita asing. Terbaharu, seorang wanita jatuh lemas akibat dilamun cinta 'media sosial'.
Kanak-kanak pula tidak mendapat perhatian 100% daripada ibubapa kerana sebahagian daripada peratusan itu diperuntukkan untuk 'scrol up and down' telefon pintar. Arghhh!!! Peritnya nak jumpa 'waktu indah' bersama keluarga!
Makan beramai-ramai tanpa 'gadget' disisi dianggap kolot?
Baru sentuh soal tanggungjawab dalam keluarga, belum lagi sentuh soal ibadah sebagai seorang mukmin. Berapa banyak masa dihabiskan untuk media sosial dan telefon pintar yang disokong pula penjana kuasa mudah alih - 'Power bank'. Gadget ditambah tenaga kuasanya sementara kita pula semakin layu dan lemah.
Sudahlah masa yang ada banyak dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak membawa manfaat. Ditambah pula dengan hidangan media sosial yang memabukkan. Apakah ini mempercepatkan proses penghapusan bangsa Malaysia dari peta ekonomi dunia?
Kita longlai kerana mengambil hidangan negatif di media sosial dan menolak menu positif yang dihidangkan.
Kita terus mundur dan leka.... tatkala 2020 menjelang tiba. Apakah Wawasan yang diimpikan dapat dicapai selagi kita berterusan 'mabuk'?
Selamat tahun baharu 2016
#muhasabahdiri
#pesananuntukdirisendiri
No comments:
Post a Comment