Nuffnang Ads

Saturday, September 5, 2015

Jangan guna jangan - Mate



Nama seorang sahabat aku. Berkaca mata, mungkin itu sebab orang panggil dia Mate. Banyak membaca agaknya.

Sudah lama tak berjumpa. Mungkin ada Facebook tapi guna nama lain. Pasti dia sudah berjaya sekarang. Jadi usahawan yang hebat.

Tak kisahlah dimana dia dan apa yang dia buat sekarang. Aku harap dia terus ceria selalu dalam kehidupan.

Apa yang dia pernah cakap pada aku, semasa sembang kosong suatu masa dulu...

"Jangan selalu guna perkataan 'jangan'. Itu perkataan negatif. Adik, jangan panjat pokok tu. Tapi si adik tetap juga memanjat.

"Sebaliknya gunalah perkataan yang lebih positif. Perjelaskan akibatnya sekali. Adik, jika Adik panjat pokok tu, nanti jatuh adik tanggung sendiri. Mungkin patah anggota badan jika terjatuh. Pergilah, pergilah panjat... Kawan-kawan adik main bola, adik tengok je duduk atas kerusi roda."

Mungkin kata-kata ini tidak ada makna. Hanya sekadar sembang kosong di kedai mamak.

Tetapi ia memberi kesan pada aku. Apa jua perkara yang positif akan aku simpan. Aku suka perkara positif. Sebab itu aku ingat sampai sekarang.

Aku sensitif positif