Nuffnang Ads

Thursday, July 17, 2014

Page Gila LIKE's


Hairan bukan, sejak akhir-akhir ini banyak betol fanpage yang suka upload / share video kat FB... Macam macam video yang dowang upload, paling banyak video video kelakar lah...

Bab video kelakar tu aku setuju, sebab dia membolehkan pengikut atau pemain media sosial rasa seronok dan dapat release tension terutamanya di tempat kerja. Kerja yang 24jam macam aku yang mengadap komputer dan media sosial ni... Aku setuju bab tu....

Tapi aku sangat sangat tak setuju bila dowang upload video video berunsur rasis, kebencian sesama masyarakat majmuk dalam negara macam Malaysia ni... Zaman canggih sekarang ni, laju je nak rakam video pastu upload kt FB dan kemudiannya di copy oleh fanpage yang kemaruk likes ni...

Video pihak berkuasa (Melayu) tengah marah pesalah peniaga haram (Bangla), video polis (Melayu) maki hamun pesalah trafik (Cina), video pekerja restoran makanan segera (Melayu) belasah pelanggan (Cina) dan yang terbaru yang tiba tiba menjadi trending, video perempuan garang (Melayu) ketok kereta lelaki tua (Cina).

Pusing depan pusing belakang, pegawai polis ditukar atau ditamatkan tugas, pekerja restoran makanan segera dibuang kerja dan perempuan garang ditahan dan disoal siasat. Ini la maksud aku video yang rasis.


Asal BANGSA MELAYU je, cepat je di ambil tindakan, cepat aje dipalit dengan persepsi biadap, kurang ajar dan lain lain perumpaan yang memberi gambaran negatif terhadap BANGSA MELAYU.

Benar, ada juga komen komen yang ditulis dikalangan pemain media sosial berbangsa bukan Melayu tidak suka dengan video seperti yang aku maksudkan... Tapi bilangannya tu amat sedikit... Kerana apa? Kerana BANGSA MELAYU sendiri yang akan membenci sesama BANGSA MELAYU setelah menyaksikan adegan video yang di upload tu. Baru sedar? 

Masih wujud zaman 'connecting people'?


Aku secara peribadi pon bengang gila bila tengok video perempuan garang tu... eh, bukan BERSEPAH ke kejadian macam ni kat Malaysia? Tapi kenapa video perempuan Melayu tu yang jadi viral? Kenapa video polis 'mengkasari' pesalah trafik yang menjadi viral? Siapa tukang rakam video? Siapa tukang upload? Siapa tukang sambut dan sebar?

Aku Nak Tanye si perakam, si upload dan si tukang sebar.... APA MOTIF KORANG?

*Orang Melayu cakap pasal Orang Melayu dikatakan rasis - Tun M

Friday, July 11, 2014

AKU RINDU GAZA BUMI PALESTIN


Pada hujung Jan 2013 aku berkesempatan menjejakkan kaki dibumi Palestin, menggalas tugasan kerja yang diberi oleh boss aku di portal berita KLPOS.COM (kini RakyatNews).

Aku ada keluarkan sedikit stori pasal pengalaman aku di Palestin sebelum ini. 


Namun posting aku kali ini adalah kerana menebalnya perasaan rindu pada negara yang ditindas oleh regim zionis itu, apatah lagi ketika ini mereka sedang diserang tanpa belas kasihan! di bulan Ramadhan!

Mohamad, nama salah seorang kenalan di Gaza, seorang anak muda yang juga merupakan jurubahasa aku dan rombongan ketika berada di sana. Setiap kali berita dikaca televisyen atau rakan-rakan Facebook membuat posting mengenai 'Gaza Diserang', fikiranku terus melayang teringatkan Mohamad.

Bergambar bersama Mohamad

Apa nasibnya di sana? Bagaimana situasinya di sana? Fikiranku terus menghala ke timur, sesekali ke barat, selatan dan utara. Dan aku mula termenung...

Selain Mohamad, aku juga terbayangkan wajah pemandu dan pengawal kami, seorang lelaki kurus berwajah sedikit tua tetapi tidak pernah lekang dengan senyuman.


Begitu juga dengan seorang pegawai kerajaan, Ihab R. Al Ghusain yang berjawatan Menteri Penerangan yang aku temui. Raut wajahnya yang tenang bermain-main di fikiranku.


Aku ada terlihat dan terbaca tulisan / gambar yang dimuatnaik ke Facebook mengenai respon penduduk Palestin, kenapa mereka tidak tinggalkan Palestin dan lari daripada regim zionis. Ya, apa yang diberitahu itu memang benar sekali. Aku pernah bertanyakan soalan sama kepada Mohamad dan jawapan sama aku terima!


Masih terngiang-ngiang di cuping telingaku antaranya, "This is my country, im never walking out from Palestine. I need to stay here. I hope u come here again, our hands always open for u," kata Mohamad sebelum aku melangkah keluar dari Palestin.

Syahdu, apatah lagi Mohamad menjawab pertanyaan itu sambil muka tersenyum dan tenang.

Mohamad, anda dan rakyat Palestin begitu kuat menghadapi dugaan ini. Aku pasti berada bersama kalian jika ada kesempatan. Aku di sini hanya mampu berdoa untuk kalian agar dapat memperoleh kemenangan di bumi sendiri.


Tulisan ini tidak mungkin dibaca oleh kamu Mohamad tetapi percayalah doa rakyat Malaysia dan seluruh dunia tidak putus daripada mengiringimu dan rakyat Palestin! Allahuakbar!

#doauntukgaza #doauntukpalestin #prayforgaza #prayforpalestine #freegaza #freepalestine














*Saksikan video di bawah. Video / Edited by Alif Mustapha

Friday, July 4, 2014

e-Day

8 Jun 2014
Satu tarikh bermakna buat aku...
Hari Pertunanganku...


AMMZ



Cheras - Pasang bunga kereta

Danau Kota - Sarapan pagi dulu sebelum gerak.

Kuala Selangor - Untung anak buah ramai... ;)

Apa yang dowang bincangkan tu ek? huhuhu :p




Alhamdulillah... Selesai majlis, rest jap kat homestay.... Petang kua balik, pergi Bukit Melawati.


Malam, sambung lagi jenjalan... pergi tengok kelip-kelip lak ;)

Syukur alhamdulillah...
Doakan semoga langkah kami ke jinjang pelamin berjalan lancar.



*Photo by iphone5 / facebook / instagram / screenshot ;)